Tuesday 10 June 2014

Cuti Pertengahan Tahun.

Hai Kawan-kawan, harini saya nak menceritakan kisah sepanjang cuti pertengahan tahun... Cuti pertengahan tahun ni ada hari yg bosan ada hari yg tak bosan yg bosannya duduk rumah je tak pergi mna-mna, lepastu hari yg tak bosan pulak sebab dapat jalan-jalan lepastu kne ikut mak dengan abah gi beli perabot baru untuk raya lepastu pulak abang cuti bulan May sampai bulan Jun best la dapat tengok RunningMan tiap-tiap hari lepastu hari terakhir abang kat rumah sebelum abang balik University dia, dia ajak main kayak kat tasik Shah Alam pastu pergi dengan Wani dan juga emak, best gila naik kayak mak tak main mak duduk kat foodcourt kat tepi tempat nak main kayak tu makan bakso sorang-sorang yg Wani naik sorang-sorang yg saya dengan abang saya naik berdua 1 jam kalau nak naik kayak tu best gila la cuti ni....

Itu Saja Cerita Saya Sekian Terima Kasih.
Lily Nurhidayah.

Wednesday 16 April 2014

Pergi Hospital DEMC

Hai kawan-kawan, hari saya nak cerita kan pasal saya pergi HospitL DEMC sebab saya pergi klinik yang dekat dengan rumah saya semua doktor tak datang lagi so saya kena lah pergi Hospital DEMC. Lepas tu pergi la jumpa doktor nama doktor tu Dr.Ramzan dia doktor lelaki buka perempuan.Doktor tu periksa paru-paru saya dia kata tak ada bunyi apa-apa pun lepas tu doktor tu pun kasi la MC 2 hari tak pergi sekolah yey best! tapi bosan sebab tak boleh buat apa-apa tapi sebab dah batuk tahap gaban kena lah dengar cakap doktor nanti tak elok-elok pastu kena tahan wad ala mati la kalau masuk wad sebab nanti dia kasi ubat antibaotik yang besar gedabak memang tak boleh telan maksud makan yang pil punya bukan air ye, tapi nasib baik doktor tu kasi yang kecik punya selamat-selamat fuhh...OK lah cerita kita kalini sampai di sini sahaja bye-bye selamat membaca ye.

Lily Nurhidayah
Lily Comel.

Tuesday 15 April 2014

Kisah Hidup 2014

Hai kawan-kawan saya nak ceritakan kisah hidup saya 2014 ni.... Semasa cuti sekolah saya masuk hospital kerana demam berpanjangan seminggu pulak tu sampai dah rapat dengan doktor tu, nama doktor tu Dr.Koshi.... Tiap-tiap hari dia periksa badan saya lepas siap je periksa dia pun suruh tepuk tangan dia tu asik senyum je setiap hari, setiap pagi dan petang saya ada fisho terapi bukan urut ye tapi nk bagi keluar kahak tepuk tepuk badan, makan ubat waktu pagi bangun tidur waktu petang lepas fisho terapi lepas tu malam selepas makan OK kita skip la....Lepas tu dah sihat semua mula lah bersekolah macam biasa setiap tahun jadi pengawas hahahaha...Pada harini 15/4/2014 selasa saya tak datang sekolah sebab demam lagi 4 hari dah Sabtu 12/4 Ahad 13/4 Isnin 14/4 Selasa 15/4 bosan je duduk rumah asik batuk-batuk je la sehari tak batuk tak sah mesti kena batuk, esok hari Rabu dah boleh pergi sekolah harap- harap la besok petang tak de kokurikulum, kokurikulum saya masuk pengakap sebenarnya saya tak nak masuk pengakap dah cikgu yang pilih nak buat macam mana, permainan pulak saya masuk bola baling saya sorang je yang reti main yang lain semua tak reti tengok la siapa, Lily kan hebat hahahahah saja je...Ok lah kawan-kawan sampai disini saja bye-bye assalammualaikumwarahmatullahhiwabarokatuuuuuu.